Tampilkan postingan dengan label atau. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label atau. Tampilkan semua postingan

Rabu, 12 Maret 2014

Mana lebih penting bagi BN Ibrahim Ali atau 1Malaysia

Oleh Jahabar Sadiq
Pengarang
April 08, 2013
KOMEN, 8 April — Barisan Nasional (BN) telah melancarkan manifesto mereka yang secocok dengan falsafah 1Malaysia akan tetapi sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Ibrahim Ali sebagai calon gabungan pemerintah itu dilihat bertentangan dengan konsep tersebut.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu dilihat seringkali bertentang dengan konsep 1Malaysia dengan memperjuangkan hak Melayu dikala pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak memperkenalkan liberalisasi ekonomi dan ekuiti untuk rakyat Malaysia.

Akan tetapi mengapa perdana menteri paling lama berkuasa yang bercakap soal Bangsa Malaysia pada tahun 1991 menyokong Ibrahim — mengamalkan garis perkauman dan bertanding dalam Pilihan Raya 2008 di bawah tiket PAS dan hanya menyokong Umno kembali selepas menang di kerusi Pasir Mas?
“Saya harap BN akan bagi tempat kepada Ibrahim Ali untuk bertanding. Jika Ibrahim dijadikan calon saya akan pergi ke Pasir Mas, untuk berkempen,” Dr Mahathir berikrar hujung minggu lalu dan menambah “Kalau ada banyak orang macam Ibrahim ini, Malaysia akan selamat.”

Apakah Dr Mahathir mempromosikan Ibrahim Ali (gambar) yang mengugut untuk membakar bible berbahasa Melayu? Ibrahim Ali yang mahukan jaminan terhadap pengelibatan Bumiputera dalam projek infrastruktur walaupun selepas Putrajaya mengatakan ianya perlu dilakukan mengikut merit.


Berapa selamat Malaysia jika Ibrahim kekal dalam politik? Atau adakah ini hanya satu lawak jenaka?
Satu perkara mengenai Dr Mahathir. Beliau membela orang-orangnya. Beliau membela Tun Dr Ling Liong Sik dalam perbicaraan rasuahnya. Sekarang beliau membela Ibrahim yang pernah beliau jadikan timbalan menteri menguruskan hal ehwal undang-undang.

Dr Mahathir juga merupakan penaung Perkasa. Lagipun Ibrahim telah menjadi panglimanya semenjak ahli politik veteran itu menamatkan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Umno dan kerajaan.
Ibrahim juga mungkin berguna jika diperlukan untuk menggoncang kepimpinan tertinggi Umno jika BN tidak mendapatkan pencapaian baik dalam pilihan raya paling sengit ini.

Kedua-duanya berkongsi kebencian kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ibrahim meninggalkan Umno selepas Abdullah menjadi presiden parti dan perdana menteri. Akan tetapi Ibrahim seringkali keluar masuk parti politik sehingga beliau di gelar “katak”.

Fakta paling mudah adalah kedua-dua Dr Mahathir dan Ibrahim berkongsi menyukai cara politik lama ahli Umno dan pengundi yang lebih percaya dengan personaliti dan bukan polisi. Dan bukan dengan pengundi baru dan muda yang mahu Malaysia yang lebih inklusif dan bukan eksklusif.
BN harus berfikir panjang untuk bersetuju dengan nasihat Dr Mahathir agar memberikan kerusi kepada Ibrahim Ali dibawah bendera mereka. Kerana Malaysia adalah lebih daripada 400,000 penyokong Perkasa yang menuntut hak Melayu yang telahpun dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Empat tahun 1Malaysia telah membuktikan bagaimana BN boleh capai dengan pendekatan pertengahan. Mana-mana penyelewengan akan menyebabkan BN kehilangan undi, walaupun terdapat pelbagai idea dalam manifesto mereka. TMI
Read More..

Sabtu, 16 November 2013

Cara Memperbaiki Flashdisk Yang Tidak Terdeteksi atau Terbaca Komputer

Cara Memperbaiki Flashdisk Yang Tidak Terdeteksi atau Terbaca Komputer - Flashdisk yang tidak terdeteksi atau terbaca oleh komputer biasanya mempunyai beberapa kemungkinan permasalahan. Seperti Driver USB yang belum diinstal , flashdisk yang disable atau mungkin juga kesalahan sistem pada komputer dalam membaca flashdisk. Akibat yang terjadi adalah flashdisk tidak mau dicopy filenya, atau mungkin flashdisk tidak bisa ter format. Nah pada kali ini saya akan memberikan solusi untuk menangani flashdisk yang tidak bisa terbaca atau terdeteksi di komputer tersebut dengan beberapa cara :

Install Driver USB

Permasalahan yang terjadi biasanya karena driver usb belum diinstal, hal ini terjadi biasanya setelah komputer di instal ulang ( inul ),  biasanya driver usb juga ikut terformat, dan untuk mengembalikannya kita harus mengsintall kembali drivernya.

Disable Device Manager

Permasalahan kedua adalah device manager yang di disable, jika begini kita harus mengembalikannya menjadi enable, untuk mengembalikannya yang harus kita lakukan adalah klik kanan MyComputer > properties > pilih tab hardware > device manager. Klik tombol (+) untuk membuka disk drive yang ada, kemudian pada drive yang ada tanda silang merah klik kanan kemudian pilih enable.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnfRC6lJGPixPGBKtAJJD4d2iIUpJir0tlmU9A1GFoO-hIspWGa9FAO3t3L68GDkvWBRC5ZxpdY1TzwVjNK87JGU0sBTLbeRScKpb4Mv-3wEt2YSstQN0yfdIHzwWfY0FqGfE-k4TsF2Mv/s1600/device+manager.jpg

Menggunakan Software

jika ke dua cara diatas tidak berhasil, kita menggunakan cara terakhir untuk memperbaiki flashdisk yang tidak dapat terbaca komputer ini dengan software HP USB Disk Storage Format Tool yang bisa sobat download disini software ini bersifat gratis, jadi sobat tidak perlu membeli atau mencari sn nya, tetapi kelemahannya jika sobat menggunakan software ini adalah, data yang ada didalam flashdisk ikut terhapus. Karena software ini memperbaiki sekaligus memformat flashdisk.

jika ketiga cara diatas belum berhasil juga, berarti saatnya sobat mengucapkan selamat tinggal pada flashdisk sobat dan membeli flashdisk yang baru. hehehee...
Read More..