Tampilkan postingan dengan label maut. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label maut. Tampilkan semua postingan

Senin, 10 Februari 2014

Pengantin maut 5 jam selepas nikah

RABU, 25 JANUARI 2012



BESUT - Hasrat seorang pengantin baru menziarahi datuk saudaranya yang tenat di hospital tidak kesampaian apabila maut akibat kemalangan jalan raya kira-kira lima jam selepas majlis pernikahannya dengan lelaki pilihan.

Roshnida Razali, 28, dari Kampung Seri Medang, yang terlibat dalam nahas jalan raya di satu selekoh tajam berhampiran Kampung Beting Lintang di sini, Ahad lepas, meninggal dunia kira-kira 3.40 pagi tadi ketika dirawat di Hospital Besut.

Mangsa, seorang ibu tunggal, melangsungkan perkahwinan dengan Azhar Mustafa, 35, dalam satu majlis 11.30 pagi Ahad, berhasrat menziarah datuk saudaranya di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu bersama suami dan anggota keluarga lain pada sebelah petang hari yang sama.

Azhar ketika ditemui hari ini berkata:
"Ketika tiba di tempat kejadian, tiba-tiba sebuah kereta Perodua Kembara datang dari arah bertentangan memasuki laluan saya ketika mengambil selekoh, yang menyebabkan perlanggaran kuat dengan kenderaan kami," katanya.

Azhar berkata dalam kejadian itu, dia pengsan seketika dan setelah sedar semula mendapati mangsa yang duduk di sebelahnya, mengerang kesakitan.

Turut berada dalam kereta Proton Saga yang dipandu Azhar ialah ibu mertuanya, Mek Nak Hamid, 51, serta anak Roshnida, Nik Norinsyirah Dialina Nik Mohd Shamsul, 9 tahun.

Azhar berkata isterinya dan dua yang lain dihantar ke Hospital Besut.

Ibu mertua dan anak tirinya kemudian dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan kerana kedua-duanya patah kaki kanan.

"Roshnida ditahan di wad Hospital Besut kerana pihak hospital memberitahu isteri saya tidak mengalami patah atau kecederaan serius, sementara saya dibenarkan pulang pada hari sama walaupun masih berasa teramat sakit pada bahagian dada," katanya.

Azhar berkata Roshnida masih mampu bercakap dengannya namun keadaan mangsa benar-benar tidak bermaya sehinggalah isteri yang dikenali tiga bulan lalu
menghembuskan nafas terakhir di depannya awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut Superintenden Kamaruddin Zakaria mengesahkan kejadian.
Read More..

Kamis, 26 Desember 2013

Kerabat Kelantan Kemalangan 1 Maut 5 Parah

Kerabat Kelantan Kemalangan, 1 Maut 5 Parah | “Saya melihat kereta dinaiki tiga beradik itu menuju ke arah saya di laluan bertentangan sebelum mengelak, namun bertembung dengan dua lagi kereta di belakang yang sama-sama menuju ke arah Kuala Krai,” kata Yusri Ismail, 31, yang terselamat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di sini, pagi semalam.
Kerabat Kelantan Kemalangan, 1 Maut 5 Parah

Dalam kejadian jam 7.30 pagi, seorang maut dan lima parah, termasuk tiga beradik kerabat diraja Kelantan, selepas kereta dinaiki bertembung di Kilometer 25.9 Jalan Gua Musang-Krai berhampiran Gua Sejuk.

Mangsa yang maut dikenali Mohd Saiful Bahri Awang, 41, dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap A manakala isterinya Siti Nor Fazlina Mohamad, 34, yang juga jururawat Klinik Kesihatan Jeram Tekoh, cedera parah.

Tiga beradik terbabit itu turut mengalami cedera parah iaitu Tengku Ibrahim Farihaddin Tengku Feissel, 38, adiknya Tengku Fatimah Ainura, 34, dan Tengku Farini Amelina, 26, selain penyelia Tanah Rancangan Felda Jengka 9, Mohd Faizal Mohd Sukri, 30, yang menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM).

Kerabat Kelantan Kemalangan, 1 Maut 5 Parah

Yusri dan isterinya Faradila Kadir, 30, terselamat kerana sempat mengelak. Kejadian berlaku apabila kereta Proton Saga yang dipandu Tengku Farini dilaporkan terbabas dan bergesel dengan sebuah Perodua Alza menyebabkan salah seorang dari tiga beradik tersebut tercampak keluar dari kenderaan.

Menurut Yusri, beliau tergamam bila melihat dua kereta dibelakangnya dirempuh dan melihat pemandu kereta Proton Wira itu nazak sebelum meninggal dunia ditempat duduk pemandu.

Menurut jurucakap IPD Gua Musang, kejadian kemalangan itu kini dalam siasatan pihak polis. sumber


Read More..