Tampilkan postingan dengan label najib. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label najib. Tampilkan semua postingan

Kamis, 06 Maret 2014

Malaysia Tidak Kenakan Kawalan Modal Najib



KUALA LUMPUR – Malaysia tidak akan mengenakan kawalan modal buat masa ini, dan akan menggunakan instrumen kewangan lain yang sedia ada bagi menangani sebarang turun naik dalam ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan melaksanakan kawalan modal, sebagai langkah terakhir.

Ekonomi Malaysia terus berdaya tahan berbanding negara lain di rantau ini berikutan kedudukan rizabnya yang kukuh, selain tabungan tinggi dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji dan Kumpulan Wang Amanah Pencen, katanya pada rakaman Sidang Kemuncak CNBC, yang akan disiarkan menerusi rangkaian perniagaan itu pada 5 petang esok.

Rakaman 30 minit itu dihoskan oleh peneraju terkemuka CNBC Martin Soong.
“Kemungkinan untuk melalui krisis adalah minimum. Walaupun wang kita mengalir keluar, rizab kita masih mencukupi berbanding apa yang kita miliki semasa krisis kewangan pada 1997,” kata Perdana Menteri.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata rizab semasa negara sebanyak US$130 bilion berbanding kurang daripada US$30 bilion pada 1997.

Malaysia mengenakan kawalan modal pada September 1998 semasa krisis mata wang serantau dalam usaha menyekat serangan spekulatif ke atas ringgit oleh pengurus lindung nilai yang tidak berprinsip, selain bagi menstabilkan ekonomi.

Kawalan modal termasuk menambat ringgit pada 3.80 kepada dolar, ditarik balik pada Julai 2005.

Sebelum berlaku krisis pada Julai 1997, ringgit didagangkan pada RM2.42 berbanding dolar US, namun selepas itu, mata wang tempatan itu susut selepas mata wang serantau yang bermula Baht Thai dan Rupiah Indonesia, diserang oleh spekulator.

Najib berkata: “Kebanyakan hutang negara kini di peringkat domestik, terutama untuk jangka panjang. Kita berada pada kedudukan yang kukuh, dan kemungkinan untuk menghadapi krisis adalah sangat minimum.”

Ditanya oleh Soong sama ada Malaysia akan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) berikutan kemungkinan negara yang memeterainya perlu menghapuskan hak negara ke atas dasar mata wang bebas serta melaksanakan dan mengenakan kawalan modal apabila perlu, kecuali ada perundingan antara negara anggota, Najib berkata:

“Kami mahukan TPP, namun ia perlu memihak kepada terma-terma kerajaan, dan ini masih dibincangkan.”

Beliau berkata ada terma yang melepasi pertimbangan perdagangan dan pelaburan yang mempersoalkan hak kedaulatan dan perusahaan milik negara.

“Oleh itu, kami akan melalui rundingan yang sangat sukar, namun pada asasnya mereka mendengar.”

“Pokoknya kami tidak akan melepaskan kepentingan negara untuk TPP, namun kami mahukan TPP, kami menganggapnya baik, dengan syarat termanya munasabah,” kata Najib.- BERNAMA
Read More..

Jumat, 20 Desember 2013

Tolong beri saya Nambikei Najib rayu lagi

  • Bernama
  • Malaysiakini  Feb 3 2013
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji tidak akan mengecewakan harapan dan aspirasi masyarakat India di negara ini terhadap kerajaan BN.
Sambil menegaskan tidak mahu kaum India merasa terpinggir daripada arus pembangunan negara, Najib berkata beliau mahu mereka menjadi masyarakat yang semakin maju dan berjaya.

"Saya akan pastikan hari esok lebih baik untuk kaum India sama seperti kaum-kaum lain," katanya ketika berucap pada sambutan Pesta Ponggal Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka, di Kuala Lumpur, malam tadi.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M Saravanan dan Duta Khas (Infrastruktur) Malaysia ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S Samy Vellu.

Najib mengakui banyak lagi cabaran dan masalah kaum India yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan BN.

Berucap di hadapan sekitar 100,000 pengunjung, Najib berkata beliau akan berbincang dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, untuk mempertimbang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang tidak mendapat bantuan penuh kerajaan, supaya ditukar kepada sekolah bantuan penuh kerajaan secara berperingkat.

"Kita juga akan sediakan peruntukan sewajarnya supaya prasekolah ditubuhkan di SJKT kerana pendidikan awal amat penting," katanya.

Selain itu, beliau mencadangkan agar Kolej Tafe dinaik taraf menjadi kolej universiti teknikal kerana institusi itu mampu menyediakan peluang pendidikan teknikal yang amat diperlukan negara.

Najib turut mencadangkan supaya peruntukan tertentu disediakan untuk menaik taraf pusat komuniti dan krematorium di kawasan yang padat dengan penduduk kaum India yang memerlukan perkhidmatan itu.

Beliau berkata Jawatankuasa Kabinet Mengenai Hal Ehwal Masyarakat India juga menumpukan antara lain kepada usaha meningkatkan jumlah ekuiti kaum India.

"Kita juga akan menambah bilangan kaum India yang mendapat akses kepada pendidikan tinggi dan akan mencari jalan untuk kurangkan kadar jenayah dan penglibatan orang muda kaum India dalam masalah sosial," katanya.

Najib berkata beliau dan rakan komponen BN yang lain akan berganding bahu untuk memastikan masa depan kaum India dan kaum lain di negara ini terus terbela sekiranya sokongan terus diberi kepada BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

"Tolong beri saya Nambikei (kepercayaan), tolong beri saya kepercayaan dan keyakinan, kalau tuan-tuan dan puan-puan beri Nambikei kepada saya dan kerajaan BN, pasti kita lakukan lebih banyak lagi perubahan dan kejayaan untuk kaum India di negara ini," tambahnya.

- Bernama
Read More..