Tampilkan postingan dengan label bunuh. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bunuh. Tampilkan semua postingan
Minggu, 16 Maret 2014
Zed Zaidi Terima Ugutan Bunuh Kerana 3 Usul!
Salam semua,

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi melahirkan rasa kecewa apabila tiga usulnya kepada pihak kerajaan mendapat keceman hebat daripada masyarakat.
Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32, dipetik daripada laporan Harian Metropada Isnin berkata, dia menerima banyak ugutan termasuk ada pihak ingin merompak dan membunuhnya menerusi e-mel, panggilan telefon, laman sosial seperti Twitter dan Facebook.
"Apa salah dan dosa saya hanya disebabkan mengusulkan permintaan cerming gelap kepada menteri, saya menerima banyak ugutan.
"Saya bimbangkan keselamatan diri dan isteri yang sedang mengandung lima bulan," ujarnya kepada akhbar tersebut.
Pada Festival Youth Music Barisan Nasional (BN) 2011 yang berlangsung 4 Mac lalu, Zed menerusi Seniman telah mengusulkan tiga permintaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D’Cruz dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Ketiga-tiga usul dipohon adalah peruntukan kuota Rumah Rakyat 1Malaysia (PR1MA), perlindungan insurans dan penggunaan cermin kereta gelap untuk artis.
Bagaimanapun bagi kes cermin gelap, Zed Zaidi menerima tamparan hebat sehingga dikritik, dimaki hamun selain menerima ugutan rompak dan bunuh oleh pihak tidak berpuas hati dengan tuntutan itu.[sumber]
Selasa, 17 Desember 2013
Makanan Jadi Umpan Untuk Rogol Dan Bunuh 3 Beradik!
Makanan Jadi Umpan Untuk Rogol Dan Bunuh 3 Beradik! - India : Tiga beradik perempuan berusia 11, sembilan dan enam tahun ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila mayat mereka dibuang ke dalam perigi usang selepas diperkosa di perkampungan Murmadi.
Mayat ketiga kanak-kanak itu hilang pada Hari Valentine dan hanya ditemui empat hari selepas itu.
Mereka hilang selepas pulang dari sekolah.
Datuk mereka percaya penjenayah telah menawarkan makanan kepada kanak-kanak itu sebagai umpan sebelum mereka dirogol dan dibunuh.
Bapa mereka meninggal dunia empat tahun lalu, menyebabkan ibunya terpaksa bekerja keras sebagai buruh demi untuk menyara anak-anak itu.
Susulan itu lima pasukan penyiasat telah dibentuk oleh polis bagi mengesan dalang yang terlibat dalam serangan seksual dan pembunuhan berkenaan.
Dalam masa sama, ganjaran sebanyak of 50,000 rupee turut ditawarkan kepada orang ramai sehingga tertangkapnya penjenayah tersebut.
Bagaimanapun penduduk di kampung berkenaan telah mengkrtitik polis kerana mendakwa pihak berkuasa cuba menutup kematian tersebut dengan mengklasifikasinya sebagai kemalangan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Maharastra, Praful Patel, ketika melawat keluarga mangsa berjanji akan membantu keluarga tersebut daripada aspek kewangan.
“Sebagai bapa kepada tiga anak perempuan, apa yang berlaku ini amat menyedihkan.
Saya menggesa supaya siasatan kes ini dipercepatkan agar dalang yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan dengan segera,’’ katanya.
Pembunuha kejam ini berlaku beberapa bulan selepas seorang pelajar perubatan berusia 23 tahun dirogol dalam bas sebelum dicampak keluar dari kenderaan tersebut.
Mangsa meninggal dunia 13 hari selepas serangan berkenaan akibat kecederaan dalaman yang serius. – MyNewsHub
Langganan:
Postingan (Atom)