Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 Maret 2014

Zed Zaidi Terima Ugutan Bunuh Kerana 3 Usul!

Salam semua,





PETALING JAYA: Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi melahirkan rasa kecewa apabila tiga usulnya kepada pihak kerajaan mendapat keceman hebat daripada masyarakat.
Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32, dipetik daripada laporan Harian Metropada Isnin berkata, dia menerima banyak ugutan termasuk ada pihak ingin merompak dan membunuhnya menerusi e-mel, panggilan telefon, laman sosial seperti Twitter dan Facebook.
"Apa salah dan dosa saya hanya disebabkan mengusulkan permintaan cerming gelap kepada menteri, saya menerima banyak ugutan.
"Saya bimbangkan keselamatan diri dan isteri yang sedang mengandung lima bulan," ujarnya kepada akhbar tersebut.
Pada Festival Youth Music Barisan Nasional (BN) 2011 yang berlangsung 4 Mac lalu, Zed menerusi Seniman telah mengusulkan tiga permintaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D’Cruz dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Ketiga-tiga usul dipohon adalah peruntukan kuota Rumah Rakyat 1Malaysia (PR1MA), perlindungan insurans dan penggunaan cermin kereta gelap untuk artis.
Bagaimanapun bagi kes cermin gelap, Zed Zaidi menerima tamparan hebat sehingga dikritik, dimaki hamun selain menerima ugutan rompak dan bunuh oleh pihak tidak berpuas hati dengan tuntutan itu.[sumber]
Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

Shila Amzah Dikutuk Kerana Borong Kasut


Shila Amzah Dikutuk Kerana Borong Kasut?
Shila Amzah Dikutuk Kerana Borong Kasut? - Baru sebentar tadi Shila Amzah telah memberitahu dia akan pulang ke Malaysia pada hari esok setelah beberapa hari berada di Miami, Amerika Syarikat bagi menghadiri World Music Awards (WMA 2012).
Shila sempat memuat naik beberapa perkembangan dirinya sepanjang berada di sana di laman rasmi Facebooknya.
Kiranya, Shila mahu berkongsi pengalaman dan detik gembiranya bersama-sama peminat setianya di Malaysia sepanjang berada di negara asing itu.
Antara perkara yang dikongsikan oleh Shila adalah pengalaman buat dirinya yang membeli kasut atau memborong kasut dalam jumlah yang banyak.
Kata Shila, itu adalah ‘Shoestherapy’ untuk dirinya.
Namun, ada peminat-peminat yang telah menyalah tafsirkan tindakan Shila.
Ada di antara mereka yang mengatakan Shila sengaja berlagak dan bersifat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.
Malah, tidak kurang juga yang mengatakan Shila seorang yang pemboros kerana membeli satu benda dalam kuantiti yang banyak.
Selang beberapa minit, Shila telah memuat naik status yang menyatakan sedih kerana niat dan tindakannya itu disalah ertikan.
“Bila share orang Akan kata menunjuk-nunjuk/riak n etc. Bila tak share orang Akan kata Sombong/unfriendly etc.
“Bukan nak kata apa,I’m just sharing my thoughts,what I like..with my fans.
Sha beli barang bukan semua mahal,bukan semua branded stuffs..
Asal cantik, selesa,takdak brand pun sha okay..
Tudung rm5 pun Ada,kasut rm30 pun Ada..
“Kita niat baik pun orang buat spekulasi,apatah lagi niat buruk..
Dah tak tau nak kata apa dah..
Sha redha saja..
Yang penting Allah SWT tau nawaitu kita.” Tulis Shila.
Apa-apa pun, itu semua keputusan dan keperluan untuk diri Shila.
Mana tahu semua kasut yang dibeli untuk dipakai sepanjang membuat persembahan? Berfikir positif lebih baik. Tak gitu? – MyNewsHub
Shila Amzah Dikutuk Kerana Borong Kasut?
Shila Amzah Dikutuk Kerana Borong Kasut?
Shila Amzah Dikutuk Kerana Borong Kasut?
Read More..

Selasa, 17 Desember 2013

Tsu Koon kata Gerakan MCA bukan lemah kerana tidak kritik Umno secara terbuka


Oleh Ida Lim
March 26, 2013
KUALA LUMPUR, 26 Mac — Gerakan dan MCA tidak boleh dianggap lemah kerana tidak mengkritik Umno secara terbuka dan sengaja mengelakkan daripada melakukannya kerana mereka bersama dalam satu gabungan, kata Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dalam satu wawancara hari ini.
Presiden Gerakan itu menangkis persepsi dari pengundi Cina partinya dan MCA sebagai “lemah”, lapor media berbahasa Cina Sin Chew Daily hari ini.
Beliau menjelaskan senario ini sebagai realiti politik yang sebelum ini hanya dialami oleh pemerintah Barisan Nasional (BN), tetapi kini turut dirasai oleh pembangkang Pakatan Rakyat (PR) terdiri daripada DAP, PAS dan PKR.
Koh memberitahu Sin Chew DAP juga tidak mengkritik PAS secara terbuka tetapi sebaliknya menyerang Umno, MCA dan Gerakan. TMI
Read More..