Tampilkan postingan dengan label umno. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label umno. Tampilkan semua postingan

Jumat, 27 Desember 2013

VIDEO Mesyuarat Wanita UMNO Gua Musang Kecoh…Wakil Hempas Mikrofon!


GUA MUSANG – Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati dicemari insiden kekecohan apabila empat perwakilan daripada Cawangan Sungai Paloh tidak dapat menahan emosi gara-gara senarai pencalonan ditolak.

Kekecohan bermula ketika mesyuarat itu sedang berlangsung dan salah seorang wakil bangun dan menyuarakan ketidakpuasan hatinya berikutan senarai barisan 21 calon ahli jawatankuasa Wanita UMNO bahagian ditolak.

Mereka menganggap pemimpin Wanita UMNO bahagian keterlaluan kerana menolak senarai pencalonan walaupun diserah pada jam 5.01 petang, pada 21 september lalu.

Menurut Ketua Wanita Cawangan Sg Paloh, Salwani Shafii perwakilan yang menghantar borang hendak bertanding baru diberitahu pencalonan itu tidak sah pada jam 8 malam semalam.

“Namun apa yang saya dapat tahu di Sabah, pencalonan dihantar lewat satu jam dan masih diterima dan saya begitu tidak berpuas hati dengan ketua wanita bahagian disini,” kata Salwani.

Sementara itu, Perwakilan Wanita UMNO Cawangan Sungai Paloh pula mempersoalkan ketelusan dan demokrasi jika perkara ini tidak dapat ditangani dengan sempurna.

Mengulas kejadian itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Gua Musang, Muhammad Shukri Abdul Aziz tampil memberi penjelasan.

“Kita mendapat surat daripada UMNO pusat yang di tandatangan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Tajol Rosli Ghazali dan dia menyatakan bahawa Jawatankuasa Pemilihan UMNO Negeri telah menolak borang pendaftaran calon-calon yang ingin bertanding bagi jawatan Ketua Wanita dan Puteri UMNO bahagian Gua Musang”.

“Oleh kerana borang itu telah diterima lewat daripada waktu yang ditetapkan dan perkara ini telah disahkan oleh Pengerusi Pemilihan UMNO bahagian Gua Musang. di mana kita bermesyuarat jadi bersetuju tidak terima. peringkat tu bahagian negeri dan pusatlah tak terima dan disertakan penama seramai 21 orang,” kata Muhammad Shukri.

Selepas 10 minit, keadaan kembali reda apabila Ketua Wanita Bahagian Gua Musang, Datuk Wan Hazani Mohd Noor yang menang tanpa bertanding menjelaskan bahawa perlembagaan UMNO telah menetapkan cara pemilihan baru pada tahun ini. – Astro Awani

Read More..

Selasa, 17 Desember 2013

Tsu Koon kata Gerakan MCA bukan lemah kerana tidak kritik Umno secara terbuka


Oleh Ida Lim
March 26, 2013
KUALA LUMPUR, 26 Mac — Gerakan dan MCA tidak boleh dianggap lemah kerana tidak mengkritik Umno secara terbuka dan sengaja mengelakkan daripada melakukannya kerana mereka bersama dalam satu gabungan, kata Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dalam satu wawancara hari ini.
Presiden Gerakan itu menangkis persepsi dari pengundi Cina partinya dan MCA sebagai “lemah”, lapor media berbahasa Cina Sin Chew Daily hari ini.
Beliau menjelaskan senario ini sebagai realiti politik yang sebelum ini hanya dialami oleh pemerintah Barisan Nasional (BN), tetapi kini turut dirasai oleh pembangkang Pakatan Rakyat (PR) terdiri daripada DAP, PAS dan PKR.
Koh memberitahu Sin Chew DAP juga tidak mengkritik PAS secara terbuka tetapi sebaliknya menyerang Umno, MCA dan Gerakan. TMI
Read More..

Senin, 16 Desember 2013

Mukhriz Kesal Petugas Pemuda Pas Tumbuk Ahli Wanita UMNO


YAN – Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir melahirkan rasa kesal dengan insiden petugas jentera Pemuda PAS menumbuk seorang anggota Wanita Umno pagi ini, ketika proses pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sejak berjalan.

“Provokasi yang berlaku sama ada oleh orang luar atau orang (DUN) Sungai Limau, kesannya sama sahaja kerana ia memberi kesan negatif kepada pengundi BN (Barisan Nasional). Kita tidak beri respons setimpal, tidak perlu tindak balas.

“Sifat ini perlukan tahap kesabaran tinggi. Dari mula kempen PAS menguar-uarkan kempen politik damai dan kita harap dapat diterjemahkan tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Kita berprasangka baik dengan harapan pilihan raya kecil ini berjalan dalam suasana berhemah dan beradab,” katanya ketika ditemui di Pekan Simpang Tiga, Sungai Limau di sini hari ini.

Ketua Wanita Umno Bahagian Seputeh, Datuk Azizah Abdul Samad hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan berhubung Ahli Jawatankuasa Wanita Bahagian Batu Norsidah Abu Bakar mendakwa ditumbuk seorang petugas jentera Pemuda PAS di Sekolah Ulu Sedaka.

Sementara itu, Mukhriz berkata PAS masih menggunakan taktik menakut-nakutkan pengundi keluar mengundi.

“Keadaan jadi tidak terkawal. Empat, lima insiden yang berlaku sepatutnya boleh dielakkan tetapi ia terus berlaku bagi menakutkan pengundi,” katanya.

Katanya taktik lain digunakan penyokong PAS dengan keluar beramai-ramai serta meletak kenderaan di tepi-tepi jalan supaya keadaan menjadi sesak dan menyusahkan pengundi.

Mukhriz berharap polis segera mengambil tindakan mengatasi masalah trafik supaya lebih lancar. – BERNAMA
Read More..