Tampilkan postingan dengan label islam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label islam. Tampilkan semua postingan

Minggu, 09 Maret 2014

Tahukah Anda Justin Bieber Beragama Islam Dan Mazhab Hanafi

justin_bieber_by_mixedmelody-d37dzts


Bila anda baca tajuk di atas, perkara pertama terlintas ialah betul ke apa admin tulis ni.
Sebenarnya admin pun tak tahu….namun sebuah akhbar arus perdana telah memberikan beberapa fakta baru mengenai Justin Bieber.
Percayalah…ramai yang tidak tahu fakta-fakta ini termasuk Justin Bieber sendiri. Lihat reaksi Justin bila mengetahuinya…
justin-bieber-206523590d
Selain itu, Justin Bieber adalah negara kesembilan terbesar di dunia.
Dia juga bebas dari cengkaman komunis Sejak 16 Disember 1991?
Selanjutnya anda tengoklah sendiri dalam keratan akhbar di bawah…
lawak justin bieber

- BlogSerius
Read More..

Selasa, 25 Februari 2014

Izzue Islam Semakin Minat Bidang Teater


TERNYATA peluang beraksi buat kali pertama di pentas Lambang Sari, Istana Budaya menjadi pemangkin kepada pelakon dan penyanyi, Izzue Islam untuk terus melebarkan impian dalam cabang teater di negara ini.

Memegang teraju utama untuk teater ‘Maduku Kalut’ baru-baru ini, ramai yang memuji lakonan Izzue yang dilihat begitu bersahaja.

‘Maduku Kalut’ yang diarahkan oleh Muhammad Azhar Zainal telah berlangsung dengan jayanya pada 27 hingga 30 September yang lalu.

Ia berkisarkan kehidupan seorang pemandu teksi, Selamat yang terpaksa berahsia mengenai kehidupannya yang mempunyai dua isteri selain komitmen terhadap kerja. Kekalutan tercetus apabila rahsianya terbongkar satu-persatu dan kehilangan kepercayaan oleh orang sekelilingnya.

Memetik laporan Gua, Izzue mengakui bahawa pada mulanya beliau berasa agak rendah diri apabila digandingkan dengan pelakon hebat dalam bidang teater seperti Nad Zainal, Jihan Musa, Sofian Bujang dan Fazleena Hishamuddin.

“Sememangnya saya merasakan diri ini begitu kecil jika dibandingkan dengan mereka yang sudah lama berkecimpung dalam bidang teater. Namun, kawan-kawan saya ini banyak membantu saya memperbaiki lakonan di pentas teater,” ujarnya.

Baguslah jika Izzue ada cita-cita untuk terus bergiat dalam bidang teater.

Selain menajamkan lagi ilmu lakonan, dapat juga merancakkan lagi dunia teater yang semakin mendapat perhatian di negara kita ini.

Oleh: ELZA
Read More..

Senin, 23 Desember 2013

MR BEAN MASUK ISLAM

Rowan Atkinson

Berita ini mungkin akan mengejutkan dunia hiburan seluruh dunia.

Sebentar tadi, melalui sebuah portal berita yang dipetik dari Islampos.com dan laman web Sadalbadi.com melaporkan bahawa selebriti yang popular dengan watak lucu Mr Bean iaitu Rowan Atkinson, dipercayai telah memeluk agama Islam baru-baru ini.

Menurut laman web berkenaan, Rowan dipercayai terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas menonton filem Innocent of Muslim.

Melalui sebuah portal berita dari Indonesia pula, mereka memberitahu, “Mr Bean tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat."

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing Mr Bean.

"Banyak yang memberi selamat kepadanya di sepanjang jalan” – dipetik dari Islampos.com.

Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan lagi kesahihan berita ini.

Khabarnya, media-media barat masih belum menyiarkan lagi apa-apa berita mengenai Rowan Atkinson.

p/s= admin pun sebenarnya terkejut juga baca berita ini, jika benar mr bean masuk islam, alhamdulillah..
Read More..