Selasa, 25 Februari 2014

Izzue Islam Semakin Minat Bidang Teater


TERNYATA peluang beraksi buat kali pertama di pentas Lambang Sari, Istana Budaya menjadi pemangkin kepada pelakon dan penyanyi, Izzue Islam untuk terus melebarkan impian dalam cabang teater di negara ini.

Memegang teraju utama untuk teater ‘Maduku Kalut’ baru-baru ini, ramai yang memuji lakonan Izzue yang dilihat begitu bersahaja.

‘Maduku Kalut’ yang diarahkan oleh Muhammad Azhar Zainal telah berlangsung dengan jayanya pada 27 hingga 30 September yang lalu.

Ia berkisarkan kehidupan seorang pemandu teksi, Selamat yang terpaksa berahsia mengenai kehidupannya yang mempunyai dua isteri selain komitmen terhadap kerja. Kekalutan tercetus apabila rahsianya terbongkar satu-persatu dan kehilangan kepercayaan oleh orang sekelilingnya.

Memetik laporan Gua, Izzue mengakui bahawa pada mulanya beliau berasa agak rendah diri apabila digandingkan dengan pelakon hebat dalam bidang teater seperti Nad Zainal, Jihan Musa, Sofian Bujang dan Fazleena Hishamuddin.

“Sememangnya saya merasakan diri ini begitu kecil jika dibandingkan dengan mereka yang sudah lama berkecimpung dalam bidang teater. Namun, kawan-kawan saya ini banyak membantu saya memperbaiki lakonan di pentas teater,” ujarnya.

Baguslah jika Izzue ada cita-cita untuk terus bergiat dalam bidang teater.

Selain menajamkan lagi ilmu lakonan, dapat juga merancakkan lagi dunia teater yang semakin mendapat perhatian di negara kita ini.

Oleh: ELZA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar