Jumat, 21 Februari 2014

Suami Kurang Memahami Isteri Hamil


Assalamualaikum semua.

Salam sayang dari Kasih Suci.  Hari ni Kasih Suci nak kongsikan satu cerita tentang hati wanita hamil. Kisah remeh yang sering menghantui kebanyakan wanita hamil.

Kebanyakan wanita yang hamil, walau bukan semua tetapi ramai yang mengalami perubahan emosi seiring dengan perubahan bentuk badan mereka. Kadang kala mereka sendiri rasa sedikit keliru dengan emosi mereka sendiri, lagi la dengan orang sekeliling yang keliru dan pening juga melayan emosi wanita hamil ni.
Bila hamil, kehendak mula berubah. Perasaan mula swings-swing orang kata..hehehe. Ibu hamil mula rasa orang sekeliling terutama sekali suami tidak memahami perasaan mereka. Sedih dan rasa perasaan terabai mula bermain di hati. Ye la, siapa tak sedih…diri hamil minta perhatian, mahukan belaian dan dimanja tetapi rasa diri tak difahami. Betul tak?

Mengapa ibuhamil mudah merajuk, menangis dan memberontak bila kehendak tak dipedulikan? kerana kebanyakan suami menganggap benda yang diminta sangat remeh dan tak masuk akal sedangkan kehendak itu sangat penting dan perlu dilunaskan dalam masa terdekat mengikut kemahuan dan perasaan ibu hamil.
Apa yang perlu diselarikan?

1.Para suami perlu banyak bersabar melayan isteri comel anda. buka selalu pun isteri anda berkerenah kan? time hamil ni layankan saja selagi mampu, emosi mereka tak stabil. Cuba fahami kehendak mereka. Selagi logik dan tak memudaratkan ikutkan saja isteri kesayangan Ente tu.

2.Bagi isteri comel…Ente perlu fikir adakah kemahuan Ente itu logik. Jika logik suarakan kepada suami. Jangan Ente minta benda mengarut diluar kemampuan suami sudah la..betul tak?

3.Kenali adakah itu nafsu atau kemahuan. Ada isteri yang menggunakan saat hamil dengan mengambil kesempatan meminta itu ini kepada suami mereka. Perangai akibat hasutan syaitan ni memang perlu suami didik semula isteri anda ye.

4.Isteri yang hamil hanya ingin perhatian saja, sebaiknya suami cuba fahami apa yang isteri mahukan.

5.Suami perlu luang masa bersama isteri, saat ini isteri memerlukan sokongan  suami dalam melalui perubahan emosi dan perubahan bentuk badan juga. Ramai suami kurang faham isteri sedikit terkejut dan mula rendah diri bila hamil. Mula rasa diri semakin kurang menarik, gemuk dan kurang upaya melayan kehendak suami akan membuat isteri rasa sangat rendah diri. Sebaiknya lakukan banyak aktiviti bersama pasangan agar segala kecelaruan akan dapat dikurangkan.

Moga beberapa tips ini dapat mebantu ibu dan bapa baru dalam melalui saat-saat indah kalian…selamat berkasih sayang.

[sumber]

Tidak ada komentar:

Posting Komentar