Sabtu, 22 Februari 2014

Takdir pujuk bekas isteri

myMetro 19 Feb 2013

Dalam kejadian jam 5.20 pagi di Kilometer 19 Jalan Pengkalan Kubor – Kota Bharu itu, seorang wanita warga Thailand, Rohanee Samamae, 35, yang menaiki kereta bersama Mohd Nasaruddin turut maut manakala seorang lagi penumpang kereta, Waehanisah Kolu, 22, cedera parah.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu rakan Mohd Nasaruddin dan kedua-duanya sedang hamil. Kemalangan berlaku apabila Mohd Nasaruddin dari Kok Lanas, Kota Bharu yang dalam perjalanan ke Kota Bharu dari Pengkalan Kubor gagal mengawal kereta Honda Accord dipandunya lalu terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas ekspres yang dalam perjalanan ke Pengkalan Kubor.

Mohd Nasaruddin dan Rohanee meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala Waehanisah kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan keadaannya dilaporkan stabil.

Jenazah Mohd Nasaruddin dan Rohanee dibawa ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing untuk dikebumikan.

Menurut Wahida, bekas suaminya sempat membelikan kek seperti diminta anaknya, Nurnisren Afifah, 13.
“Saya sempat berbual dengannya berhubung permintaannya untuk rujuk semula selepas lebih 10 tahun kami bercerai. Saya meminta tempoh untuk berfikir sebelum dia menyerahkan cincin perak yang selalu dipakainya kepada saya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar