Tampilkan postingan dengan label air. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label air. Tampilkan semua postingan
Selasa, 18 Februari 2014
Isu Talam dan air bukti kerajaan Selangor menjaga kepentingan rakyat
1 Dis 2012
Saya mengucapkan terima kasih kepada Dewan Negeri Selangor dan Speaker, Datuk Teng Chang Khim kerana telah mengendalikan persidangan Dewan penggal kelima dengan baik dan lancar.
Saya berpuas hati dengan perjalanan persidangkan Dewan kali ini yang mana kita bukan sahaja membentangkan belanjawan berimbang untuk lima tahun berturut-turut tetapi juga berjaya menyerahkan kertas putih pelunasan hutang Talam dan dua laporan status berkenaan penstrukturan semula industri perkhidmatan air serta pengundi yang meragukan menerusi Projek Pendemokrasian.
Saya mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Dewan yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan. Saya terima cadangan, kritikan serta hujah-hujah yang boleh memberi penambahbaikan untuk kerajaan Selangor.
Dalam penggulungan, saya ada menyentuh isu Talam yang mana rakyat Selangor boleh melihat kaedah kutipan dibuat dengan tertib, mengikut peraturan dan tidak merugikan kerajaan negeri serta rakyat.
Keputusan kerajaan Selangor mendapatkan semula hutang lapuk ini menerusi Perjanjian Penyelesaian Menyeluruh (Global Settlement Agreement) adalah keputusan yang bijak kerana penilaian adalah berdasarkan kepada penilaian pendapatan masa hadapan.
Kita telah mengeluarkan dokumen-dokumen perjanjian penyelesaian hutang ini dan orang ramai boleh menyemak dokumen ini tertakluk di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI).
Dalam isu air, kita berpendirian bahawa Langat 2 dan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negeri Selangor hendaklah dibincangkan bersekali supaya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mencapai persefahaman di dalam memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di bawah Model Holistik.
Tanpa penstrukturan semula sebagaimana yang dicadangkan, perkhidmatan air semasa yang tidak holistik akan terus menyumbang kepada pengurusan bekalan air yang tidak cekap dan membebankan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Kita juga mendapati Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) tidak lagi berupaya mengendalikan pengagihan air kerana menanggung defisit kewangan dan berhutang dengan operator rawatan air melebihi RM400 juta serta gagal membayar royalti air mentah kepada kerajaan negeri sebanyak RM3 juta.
Kita berharap rakyat Selangor akan terus menyokong usaha penstrukturan semula industi perkhidmatan air untuk memastikan bekalan air lebih cekap pada harga munasabah. Ini adalah komitmen kerajaan Selangor untuk menjaga dan memelihara kepentingan rakyat menerusi pentadbiran yang cekap, berhemah telus dan bertanggungjawab.
Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor
Short URL: http://www.keadilandaily.comAbdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor
Senin, 03 Februari 2014
TERKINI Mengapa Kami PERLU MENYERAH DIRI Di Tanah Air Sendiri – Anak Sultan Kiram
MANILA – Arahan agar kumpulan kumpulan bersenjata yang mengaku pengikut Sultan Sulu Jamalul Kiram III, menyerah diri dengan segera yang dikeluarkan oleh Presiden Benigno Aquino tidak boleh diterima.
“Apa yang mereka tahu hanyalah menyerah diri..menyerah diri. Kenapa kita perlu menyerah diri di tanah air sendiri?
“Mereka (pengikut Sultan Sulu di Sabah) tidak berbuat apa-apa yang tidak baik di tanah air mereka,” kata anak sulung Sultan Kiram, Jacel Kiram di Filipina.
Jacel Kiram berkata arahan suruh menyerah diri tidak boleh diterima.
Sultan Kiram yang tua dan tidak bermaya dilihat muncul bersama bintang filem lasak, Robin Padilla sebelum beberapa wartawan berkampung di kawasan rumahnya di Taguig City.
Beliau menolak dakwaan Setiausaha Kabinet Rene Almendras bahawa Setiausaha Kehakiman Leila de Lima ‘berhubung secara langsung’ dengan keluarganya malam Jumaat.
Menurutnya, seseorang yang menyatakan dia mewakili Setiausaha Kehakiman telah menghubungi mereka, serta mendesak sultan menggesa pengikutnya pulang ke tanah air tanpa sebarang syarat.
Katanya utusan yang dihantar sebelum ini cuba mengenakan syarat-syarat tertentu terhadap mereka.
“Apa yang penting adalah rundingan, bukan perencanaan
“Tidak pernah ada apa-apa pilihan, tiada pilihan lain diberikan selain meyerah diri,” katanya.
Jacel turut mempertikaikan dakwaan Almendras bahawa kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk menyelesaikan kebuntuan dalam insiden tersebut secara aman.
Beliau berkata penceroboh tersebut akan terus berada di sana sehingga ketiga-tiga pihak, iaitu Kesultanan Sulu, kerajaan Filipina dan Malaysia duduk semeja bagi menyelesaikan isu pemilikan ke atas Sabah. ANN/ Philuppine Inquirer
Langganan:
Postingan (Atom)