Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan

Jumat, 28 Februari 2014

Michael Buble Dapat Anak Lelaki


Penyanyi Michael Buble dilaporkan telah selamat menimang cahaya mata sulungnya, semalam.

Berita gembira itu dikongsikan oleh penyanyi yang terkenal dengan lagu Sway menerusi laman Instagramnya.

“Kami berasa gembira dan bersyukur dengan kelahiran anak lelaki kami, Noah Buble,” katanya.

Isterinya, Luisana Lopilato melahirkan Noah pada jam 2.26 pagi semalam di Vancouver, Kanada.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2011 di tempat kelahiran isterinya, Buenos Aires, Argentina.

Oleh: AUDREY LEE
Read More..

Senin, 03 Februari 2014

TERKINI Mengapa Kami PERLU MENYERAH DIRI Di Tanah Air Sendiri – Anak Sultan Kiram

Mengapa Kami PERLU MENYERAH DIRI Di Tanah Air Sendiri? - Anak Sultan Kiram


MANILA –  Arahan agar kumpulan kumpulan bersenjata yang mengaku pengikut Sultan Sulu Jamalul Kiram III, menyerah diri dengan segera yang dikeluarkan oleh Presiden Benigno Aquino tidak boleh diterima.
“Apa yang mereka tahu hanyalah menyerah diri..menyerah diri. Kenapa kita perlu menyerah diri di tanah air sendiri?
“Mereka (pengikut Sultan Sulu di Sabah) tidak berbuat apa-apa yang tidak baik di tanah air mereka,” kata anak sulung Sultan Kiram, Jacel Kiram di Filipina.
Jacel Kiram berkata arahan suruh menyerah diri tidak boleh diterima.
Sultan Kiram yang tua dan tidak bermaya dilihat muncul bersama bintang filem lasak, Robin Padilla sebelum beberapa wartawan berkampung di kawasan rumahnya di Taguig City.
Beliau menolak dakwaan Setiausaha Kabinet Rene Almendras bahawa Setiausaha Kehakiman Leila de Lima ‘berhubung secara langsung’ dengan keluarganya malam Jumaat.
Menurutnya, seseorang yang menyatakan dia mewakili Setiausaha Kehakiman telah menghubungi mereka, serta mendesak sultan menggesa pengikutnya pulang ke tanah air tanpa sebarang syarat.
Katanya utusan yang dihantar sebelum ini cuba mengenakan syarat-syarat tertentu terhadap mereka.
“Apa yang penting adalah rundingan, bukan perencanaan
“Tidak pernah ada apa-apa pilihan, tiada pilihan lain diberikan selain meyerah diri,” katanya.
Jacel turut mempertikaikan dakwaan Almendras bahawa kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk menyelesaikan kebuntuan dalam insiden tersebut secara aman.
Beliau berkata penceroboh tersebut akan terus berada di sana sehingga ketiga-tiga pihak, iaitu Kesultanan Sulu, kerajaan Filipina dan Malaysia duduk semeja bagi menyelesaikan isu pemilikan ke atas Sabah. ANN/ Philuppine Inquirer
Read More..

Selasa, 31 Desember 2013

Live Chatting Anak Gadis Bawah Umur Dipaksa Buka Pakaian

Telanjang, Anak Perempuan Bawah Umur Dipaksa Live Chatting
KYODO
Barang bukti yang disita pihak polis di Jepun terkait usaha live chatting gadis-gadis bawah umur.


Bisnis seks di mana-mana memang sama, banyak menguntungkan kerana memang memperoleh  banyak permintaan. Dalam enam  bulan mendapatkan hasil 220 juta yen . Terdaftar 9,800 orang tamu. Bererti seorang mengeluarkan sekitar 22,500 yen  untuk satu kepuasan seks.

Keuntungan itu tidak bersentuhan wanita, tetapi hanya melalui internet saja, live chatting dengan gadis di bawah umur yang pakai baju renda-renda lucu. Kemudian lama-lama semakin panas pembicaraan, sang gadis semakin melepas bajunya dan telanjang tanpa sehelai benang pun di tubuhnya. 

Dua tempat penayangan live chatting melalui internet, satu di Kagamigahara, perfektur Gifu dan satu lagi di Ebisuhonmachi, Naniwa-ku, Osaka telah dicekup polis  Jepun, mempekerjakan paruh waktu 1500 gadis. Empat orang di antaranya gadis di bawah umur dengan usia antara 15-18 tahun. Usia dewasa di Jepun mulai 20 tahun.

Di perfektur Gifu juga demikian. Akibatnya Tsukasa Ishii (37) yang memulai usaha live chatting gadis telanjang sejak Oktober 2010 sampai dengan Januari tahun ini, jadi buruan. Setelah dalam pengejaran polis  beberapa bulan, belum lama ini Oktober, Ishii ditangkap polis  dengan tuduhan pelanggaran undang undang tenaga kerja.

Demikian pula September lalu di sebuah mansion di Nagoya  sebanyak 12 kali telah dilakukan penayangan live chatting gadis telanjang di bawah umur, dan bahkan mempekerjakan selama 24 jam para gadis muda ini.

Yosuke Kamiyama, 26, ditangkap polis  dengan tuduhan pelanggaran undang-undang tenaga kerja yang tak boleh mempekerjakan anak di bawah umur serta tak boleh mempekerjakan lebih dari 8 jam, apalagi sampai 24 jam. Polis  membuktikan penayangan chatting live gadis telanjang sampai jam 5 pagi antara Mac sampai dengan Ogos 2010.

Semua usaha seks tersebut sebagai sebahagian dari jaringan kejahatan Jepun yang sering dikenali dengan nama Yakuza. Namun dilakukan oleh bahagian terbawah yang biasa kita sebut chimpila, para pelaksana di lapangan. Lalu mereka akan menyetor wangnya kepada atasannya, dan atasannya itu akan menyetor "pajak" pula kepada yang lebih atas lagi, demikian seterusnya. TRIBUNNEWS.COM
Read More..

Jumat, 20 Desember 2013

Anak muda tali hayat parti politik PRU13

sinar harian
WAN NASRAH ABDUL RAHIM
var dateEG = "July 19, 2012" var tarikhBM = tukarTarikh(dateEG); document.write(tarikhBM); 19 Julai 2012
Barisan pengurusan  Sinar Harian, pendebat dan moderator di akhir Debat Sinar Harian yang  berlangsung
Barisan pengurusan Sinar Harian, pendebat dan moderator di akhir Debat Sinar Harian yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.
SHAH ALAM – "Anak muda adalah tali hayat terakhir kepada parti-parti politik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)."

Demikian kesimpulan Pensyarah Jabatan Strategik dan Antarabangsa, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar sebagai penutup tirai debat bertajuk PRU13: Orang Muda Pilih Siapa? anjuran Sinar Harian, petang tadi.

Debat tersebut mempertemukan dua tokoh politik muda Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya, di atas pentas Auditorium Kompleks Karangkraf.

Bertindak sebagai moderator, Mohamad Abu Bakar, kedua pendebat berjaya memberikan jawapan daripada dua bentuk hujahan mereka yang disifatkan amat baik untuk menyuburkan hala tuju politik baru yang lebih matang dan bertamadun kepada generasi akan datang.

"Saya melihat kedua tokoh ini memberikan dua jawapan hujahan yang mana dari satu seginya menjawab persoalan yang diutarakan dan sebahagian lainnya, telah memenuhi cita rasa pendengar," katanya.

Menurutnya, sifat kepimpinan yang muncul dari pendebat ini telah menunjukkan pemimpin muda dapat mempengaruhi dan mematangkan cara anak muda berfikir dalam politik.

"Ia sekali gus membolehkan generasi muda hari ini untuk memilih pimpinan politik yang mampu memacu masa depan negara," katanya.

Sebelum itu, ketika memulakan debat, Mohamad Abu Bakar membuka tirai dengan menyelitkan kata-kata dari Rasulullah SAW dan bekas Presiden Indonesia, Soekarno yang sering memberi kepercayaan kepada generasi muda untuk membangkitkan semangat dan menerajui kepimpinan negara.

"Berdasarkan pemerhatian saya, keduanya dapat menjawab soalan yang diberi dalam masa yang bertepatan. walaupun debat yang dianjurkan berjalan dalam suasana yang agak hangat tetapi ia masih terkawal," katanya.

Menurutnya, tugas beliau sebagai moderator lebih mudah kerana kedua-dua tokoh memberikan hujah yang bernas dan selari dengan soalan yang diberikan.

Beliau berkata, program seumpama ini perlu diteruskan untuk menyuburkan politik matang untuk kebaikan semua.

Read More..

Kamis, 19 Desember 2013

Mendidik Anak Mengikut Sunnah





Anak 4 tahun mahu merempit

Amar merupakan anak saudara saya yang berumur 4 tahun. Pada hari raya Aidiladha, dia mengikut saya balik ke rumah (yang tidak jauh daripada rumah opahnya.)

Semasa dalam perjalanan, saya melayan Amar berbual-bual. Tiba di lampu isyarat, Amar ternampak sebuah motosikal besar.
Amar berkata, “Amar nak motor besar tu.”
Saya balas, “Oh! Amar suka motor besar.”
Amar mengangguk-angguk kepala.
Saya berkata lagi, “Tapi motor tu berat.”
Amar balas, “Motor berat. Amar nak naik. Amar nak angkat!”

Sebetulnya saya terkejut. Saya pasti, bayangan  dalam fikiran saya sama dengan apa yang Amar fikirkan. Mesti dia membayangkan orang naik motosikal yang mengangkat tayar depannya. Entah di mana dia melihat aksi tersebut.

Saya beritahu Amar, “Amar, tunggu Amar besar, baru boleh naik motor besar. Amar perlu belajar ‘bawa’ motor.”
Amar balas, “Motor berat . Nanti Amar jatuh.”
Saya jawab, “Perlu belajar. Mula-mula memang jatuh.”

Namun, satu perkataan yang diucapkan oleh Amar (selepas itu) membuatkan saya terkejut besar.
Kata Amar, “Makngah, merempit!”

Ha? Tahu pula dia perkataan merempit. Bayangkan, seorang kanak-kanak 4 tahun sudah tahu konsep merempit dan aksi merempit itu. Tertanya-tanya juga dalam hati, “Di manakah dia belajar semua itu.”

Biasanya, kita selalu menggunakan kata larang, “Jangan”. Banyak sangat larangan yang dibuat oleh ibu bapa., contohnya:
“Jangan lompat-lompat. Nanti jatuh.”
“Jangan berlari. Nanti jatuh.”
“Jangan main game. Pergi tidur.”

dan macam-macam lagi larangan.
Atau mungkin kita mengkritik anak-anak kita atau anak-anak saudara yang nakal dengan kritikan seperti,
“Kamu melompat-lompat. Sudah macam monyet. “
“Kamu ini tidak tahu duduk diam. Asyik mahu berlari-lari sahaja.”
“Kamu degil. Tak nak dengar cakap emak. “

Daripada member larangan atau membuat kritikan, lebih baiklah kita mengikut sunnah. Nabi Muhammad salallahu alaihi wasaalam menerangkan kesalahan.

Jadi,kepada Amar, saya berkata, “Amar, kalau Amar besar nanti dan mahu ‘bawa’ motor besar atau pun buat aksi angkat motor, Amar boleh buat di litar.”
Balas Amar, “Litar itu apa, makngah?”
Saya balas, “Litar itu tempat orang berlumba motosikal . Litar itu di stadium. Di sana, akan ada motorsikal sahaja. “

Apabila Amar diam, saya sambung lagi memberikan informasi.  Kata saya, “ Kalau ‘bawa’ motor dan angkat motor di jalan raya akan membahayakan diri sendiri dan orang lain. Di jalan raya , ada banyak kereta dan ada banyak lori. Kemungkinan apabila ‘angkat’ motor, boleh berlaku kemalangan. Kereta boleh langgar motor.”

Kata Amar, “Merempit,ya makngah.””

Saya balas, “Merempit di litar. Bukan di jalan raya. Nanti, minta ayah bawa Amar ke litar. Boleh lihat orang berlatih ‘bawa’ motosikal.”
Pengajarannya di sini ialah anak-anak kecil belajar daripada apa yang mereka lihat. Jika mereka melihat contoh kurang baik, maka yang tersemat di minda itu adalah yang tidak baik. Lazimnya, kita membuat larangan , itu tidak boleh, ini tidak boleh tanpa memberikan alternatif lain atau cara lain boleh melakukan sesuatu yang diingini.

Misalnya, kalau anak-anak suka melompat di sofa, boleh sahaja terangkan kesalahan itu dengan menyatakan kesalahan dan menyatakan juga yang betul.

“Di ruang tamu, tidak boleh melompat-lompat. Kalau mahu melompat-lompat , lakukan di halaman  rumah. Lebih baik, jika melompat-lompat di taman permainan.”

“Di dalam rumah, tidak boleh berlari-lari. Jika mahu berlari-lari , lakukannya di halaman rumah atau di padang yang luas. “

Selamat mengamalkan sunnah. 


Allahumma solli ala saidina Muhammad! Sesungguhnya yang baik dan indah datangnya daripada Allah dan yang buruk dan jelek itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri. Ya Allah! Jadikanlah setiap perkataan yang kutulis membawa pahala kepadaku dan kepada sesiapa juga yang membacanya. Ampunilah aku andai aku tersilap dan tersalah. Amin!


sumber:
Read More..