Tampilkan postingan dengan label sultan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sultan. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 08 Februari 2014
Keadaan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu sekarang
FB
Inilah...Keadaan padang dan sekitar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu sekarang ini
Pembinaannya stadium ini menelan belanja RM 270 juta. Ia telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainol Abidin pada 10 Mei 2008,Stadium ini menjadi mercu tanda Terengganu dan gelanggang bagi beberapa acara sukan utama.
Stadium ini dianggap tercanggih di pantai timur.Pembinaan Kompleks Sukan Negeri ini dimulakan pada 2005 dengan kos keseluruhan RM452 juta, lebih sedikit daripada kos asal berikutan kenaikan harga bahan binaan. Kos berkenaan meliputi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dibina dengan harga RM292 juta manakala stadium tertutup RM160 juta dengan pelbagai kemudahan sukan serta rekreasi lain
Senin, 03 Februari 2014
TERKINI Mengapa Kami PERLU MENYERAH DIRI Di Tanah Air Sendiri – Anak Sultan Kiram
MANILA – Arahan agar kumpulan kumpulan bersenjata yang mengaku pengikut Sultan Sulu Jamalul Kiram III, menyerah diri dengan segera yang dikeluarkan oleh Presiden Benigno Aquino tidak boleh diterima.
“Apa yang mereka tahu hanyalah menyerah diri..menyerah diri. Kenapa kita perlu menyerah diri di tanah air sendiri?
“Mereka (pengikut Sultan Sulu di Sabah) tidak berbuat apa-apa yang tidak baik di tanah air mereka,” kata anak sulung Sultan Kiram, Jacel Kiram di Filipina.
Jacel Kiram berkata arahan suruh menyerah diri tidak boleh diterima.
Sultan Kiram yang tua dan tidak bermaya dilihat muncul bersama bintang filem lasak, Robin Padilla sebelum beberapa wartawan berkampung di kawasan rumahnya di Taguig City.
Beliau menolak dakwaan Setiausaha Kabinet Rene Almendras bahawa Setiausaha Kehakiman Leila de Lima ‘berhubung secara langsung’ dengan keluarganya malam Jumaat.
Menurutnya, seseorang yang menyatakan dia mewakili Setiausaha Kehakiman telah menghubungi mereka, serta mendesak sultan menggesa pengikutnya pulang ke tanah air tanpa sebarang syarat.
Katanya utusan yang dihantar sebelum ini cuba mengenakan syarat-syarat tertentu terhadap mereka.
“Apa yang penting adalah rundingan, bukan perencanaan
“Tidak pernah ada apa-apa pilihan, tiada pilihan lain diberikan selain meyerah diri,” katanya.
Jacel turut mempertikaikan dakwaan Almendras bahawa kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk menyelesaikan kebuntuan dalam insiden tersebut secara aman.
Beliau berkata penceroboh tersebut akan terus berada di sana sehingga ketiga-tiga pihak, iaitu Kesultanan Sulu, kerajaan Filipina dan Malaysia duduk semeja bagi menyelesaikan isu pemilikan ke atas Sabah. ANN/ Philuppine Inquirer
Selasa, 24 Desember 2013
Aktivis disiasat komen tentang Sultan Johor
Malaysiakini
| Jul 13 2012 |
Setiausaha media Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Kamarudin sedang disiasat di bawah Akta Hasutan kerana didakwa membuat komen menghina sultan Johor di Twitter.
Pada jam 11 pagi semalam, kira-kira 10 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor menemui Ahmad Shukri (kiri) di pejabatnya, untuk merakamkan kenyataannya mengenai perkara itu.
Mereka nampaknya bertindak ke atas laporan polis oleh NGO
Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM), dan tiba dengan waran untuk menggeledah premis tersebut.
Polis juga merampas telefon dan memaklumkan kepadanya bahawa dia dituduh di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan, kata Ahmad Shukri (kanan) dalam satu kenyataan ringkas semalam.
Menurut SMM, beliau telah membuat komen berkaitan dengan jawatan yang dibuat oleh penulis blog Uncleseekers mengenai sultan Johor.

Bagaimanapun tidak diketahui pada masa ini apa sebenarnya komen yang telah dibuat oleh Ahmad Shukri.
Polis bertindak demikian sehari selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan dan digantikan dengan Akta Harmoni Negara.
SMM mempertahankan Ahmad Shukri hari ini, dengan menegaskan bahawa kebebasan untuk menyatakan pandangannya dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan

Langganan:
Postingan (Atom)